BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 6, 2011

Salam Ramadhan

 Hari ini sudah masuk hari ke-6 kita berpuasa..Walaupun sedikit terlambat,saya tetap ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..kepada seluruh umat islam d seluruh dunia.Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita.Marilah sama2 kita mengimarahkan bulan yg mulia ini..

>Keistimewaan Bulan Ramadhan
>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
 
Semoga kita mengambil kesempataan meraih  keredhaan Allah pd bulan ini.

0 comments: